Tuesday, November 8, 2011

'Solat Istiharah' sebagai satu saranan untuk mendapatkan petunjuk yg lebih baik

Testimonial 1.)- Kes Berkenaan Jodoh-

Pernah suatu ketika dahulu, seorang pengguna myJodoh berada di dalam dilema dalam membuat satu keputusan besar tentang masa depannya. Beliau pernah berkasih-kasihan dengan seorang jejaka (jejaka A) yang juga seorang pengguna laman web ini. Kasih mereka berdua tiba-tiba menghadapi situasi salah faham dan berakhir dengan kekecewaan.
Gambar Hiasan

Si gadis lalu membawa diri dan mencari kasih baru. Beliau bertemu dengan seorang jejaka baru di myJodoh (jejaka B) lalu berkenalan, bercinta, bertunang dan merancang saat perkahwinan.

Ketika itulah baru si gadis mula sedar segala konflik yang berlaku di antara jejaka A dan dirinya hanyalah berpunca daripada salah faham. Masing-masing mempunyai salah. Masing-masing memohon maaf. Namun bagi si gadis, beliau tidak lagi boleh berbuat apa-apa kerana dirinya telah menjadi tunangan orang.

Di dalam hatinya terdetik niat untuk memutuskan pertunangan dengan jejaka B, tetapi apakah salah jejaka B. Jejaka B baik dan telah menunjukkan kesungguhan. Semuanya ibarat kisah cinta di dalam novel-novel yang sering menjadi santapan minda di waktu kesunyian. Tidak beliau sangka situasi rekaan itu menjadi kenyataan di dalam dirinya. Cintanya sebenar pada jejaka A.

Apabila ditanya ibu bapa, mereka menyarankan agar meneruskan sahaja dengan jejaka B. Apabila ditanya diri sendiri, beliau ingin memutuskan sahaja. Hati beliau kini telah beralih semula kepada jejaka A. Jika tidak kerana agama dan adat, sudah tentu beliau melakukan apa sahaja yang terlintas di hati.

Apabila beliau meminta nasihat saya, saya juga menjadi buntu, tetapi saya mencadangkan beliau untuk berikstikharah di tengah malam sunyi.

Pada pagi hari itu, beliau ternanti-nanti petunjuk tuhan, menanti sesuatu untuk berlaku, menanti bisikan suara hati.

“Tak ada apa pun,” kata beliau kepada saya.

“Sabarlah dan buat lagi malam nanti.” Saya menyuruhnya mengulangi istikharahnya.

Di pagi kedua, beliau masih ternanti-nanti. Penantian membawa ke tengahari. Di tengahari beliau masih kebingungan. Kebingungan yang membawa hingga ke petang.

Inisiatif dan kesungguhan beliau memohon petunjuk Ilahi akhirnya mendatangkan ketenangan buat dirinya sendiri. Semua saat-saat memaksa diri untuk melawan kantuk itu berbaloi.

Hanya pada petang itu, barulah kebuntuannya hilang. Beliau mendapat pengakuan daripada jejaka B sendiri, sebenarnya jejaka B sudah berkeluarga.


Testimonial 2.) - Kes Berkenaan Kerjaya-

-------kenapa pulak kena stop?

dulu saya pernah solat istikharah utk satu kerja yang tersangat lah bagus. pada mulanya memang dah 100% confirm. surat resign pun dah bagi. tapi last minit kena reject atas sebab penjimatan kos. apa nak buat dah bukan rezeki. teringat pulak istikharah yang dibuat..... tengok tengok projek jalan 3 bulan jer pastu kena tangguh bukan main lama lagi.... nasib baik kena reject. kengkadang apa yang kita hendakkan tu tak dapat walaupun gerak hati tu dah kuat. hikmahnya lain kali baru tau.

Definisi Solat Istikhoroh

Kata istikhoroh dalam bahasa Arab yang maknanya adalah الاستخارة iaitu maksudnya mencari yang lebih baik. (Lihat: Lisanul Arab 4/259 cet. Dar Ihya at-Turots Th. 1419H, dan al-Mu’jam al-Wasith 1/261)

Manakala yang dimaksudkan sebagai Solat Istikhoroh menurut istilah syar’i adalah solat yang dilakukan untuk memilih yang lebih baik (yang terbaik) dari beberapa perkara yang hendak dilakukan atau ditinggalkan. (Asal perkataan ini oleh Muhammad Syamsul Haq al-Adhim al-Abadi dalam Aunul Ma’bud 4/277, dan diringkaskan dari Nailul Author 2/297, al-Majmu’ Syarh al-Muhadzab 3/377, Tuhfatul Ahwadzi 2/482, dan Syarh Riyadhus Sholihin oleh Ibnu Utsaimin 2/215)

Hukum Solat Istikhoroh

Para ulama bersepakat bahawa solat Istikhoroh hukumnya sunnah dan tidak wajib. Ini adalah sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam an-Nawawi, Imam as-Syaukani, al-‘Iraqi dan selainnya. Perkataan bahawa solat Istikhoroh tidak wajib telah dinyatakan sendiri oleh Rasulullah dalam hadis-hadis yang sahih, dan oleh kerananya para ulama menjelaskan bahawa hukum solat Istikhoroh adalah sunnah/tidak wajib. untuk maklumat lanjut layari laman weh ini


Doanya:

اللَّهُمَّ إنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ , وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ , وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلا أَقْدِرُ , وَتَعْلَمُ وَلا أَعْلَمُ , وَأَنْتَ عَلامُ الْغُيُوبِ , اللَّهُمَّ إنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ (هنا تسمي حاجتك) خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي, فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ , اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ (هنا تسمي حاجتك ) شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي, فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ ارْضِنِي بِهِ
(Rujukan: http://saaid.net/bahoth/41.htm)

Transliterasi Doa:

Allaahumma inni astakheeruka bi 'ilmika wa astaqdiruka bi qudratika wa as'aluka min fadlikal ‘adziim, fa innaka taqdiru wa laa aqdir, wa ta'lamu wa laa a'lam, wa anta 'allaamulghuyoob. Allaahumma in kunta ta'lamu anna haadzal-amra [dinyatakan apa yang diminta] khayrulli fi diinii - wa ma’aashii wa ‘aaqibati amri - (atau: 'aajil amri wa aajilihi) faqdurhu li wa yassirhu li tsumma baarik lii fiihi. Allaahumma wa in kunta ta'lamu anna haadzal amro [dinyatakan apa yang diminta] sharrullii fi diini - wa ma'aashi wa 'aaqibati amri - (atau: 'aajili amri wa aajilihi) - fasrifhu 'anni washrifnii ‘anhu - waqdur lilkhayr haytsu kaana tsummaradinii bihi

Terjemahan (Doa):

“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon pilihan kepada-Mu dengan pengetahuan-Mu, aku memohon keputusan-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon kepada-Mu dengan keutamaa-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau berkuasa dan aku tidak berkuasa, Engkau Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib. Ya Allah! Apabila Engkau mengetahui bahawa urusan ini [dinyatakan hajatnya] baik bagiku dalam agamaku, kehidupanku dan akhir urusanku (bagi masa terdekat dan jangkamasa panjang), maka takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku, kemudian berkatilah aku di dalamnya. Apabila Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agamaku, kehidupanku dan akhir urusanku, (bagi masa terdekat dan jangkamasa panjang), maka jauhkanlah ia dariku atau jauhkanlah aku darinya, dan takdirkanlah kebaikan bagiku di mana jua, kemudian jadikanlah aku redha dengannya.” (Hadis Riwayat Bukhari,1166)

Bilakah Disunnahkan/Dituntut Melakukan Solat Istikhoroh

Disyari’atkan/Disunnahkan/Dituntut melakukan solat Istikhoroh apabila seseorang berkehendak melakukan atau meninggalkan sesuatu perkara sama ada perkara besar atau kecil, dan dia mendapati keraguan, kesamaran atau ketidaktahuan akan akibat baik atau buruk baginya di masa yang akan datang, seperti pernikahan, safar (bepergian), hutang-piutang, jual-beli, sewa-menyewa, membuka perniagaan, atau seumpamanya.

Al-Mubarakfuri berkata (Dinukil secara ringkas dari Tuhfatul Ahwadzi oleh al-Mubarakfuri, 2/482): “Perkataan Jabir bin Abdullah: “Rasulullah memberitahu (mengajarkan) kepada kami solat Istikhoroh dalam segenap perkara...” menunjukkan bahawa solat Istikhoroh disyariatkan ketika menghadapi semua perkara, sama ada kecil atau besar, dan seseorang tidak boleh meremehkan sesuatu perkara, walaupun menurutnya ia remeh, sehingga meninggalkan syari’at solat Istikhoroh, dan melakukan perkara yang dianggap remeh padahal akibatnya sangat besar baginya sama ada keuntungan atau kerugian, atau manfaat dan madharatnya.”

Muhammad Syamsul Haq al-Adhim al-Abadi berkata (Dinukil secara ringkas dari Aunul Ma’bud 4/278): “Perkataan Nabi: “Apabila ada di antara kalian berkeinginan/bermaksud...,” menunjukkan bahawa solat Istikhoroh disyariatkan bagi sesiapa saja yang benar-benar bermaksud melakukan atau meninggalkan apa yang terlintas dibenaknya tetapi dia tidak mengetahui akibatnya. Dan ini bukanlah bererti setiap apa yang terlintas dibenaknya membawa kepada perlunya melaksanakan solat tersebut. Maka ini akan menjadikan setiap masa seseorang itu diwajibkan solat Istikhoroh sehingga waktunya habis hanya untuk solat Istikhoroh, akhimya ibadah yang lain ditinggalkan, dan kegiatan lain yang bermanfa’at pun terabai lantaran setiap orang selalu terlintas dibenaknya pelbagai masalah dalam setiap saatnya.”

Solat Istikhoroh hanya dilakukan apabila seseorang ragu atau tidak tahu akibat dan perkara yang akan dilakukan atau ditinggalkan, adapun perkara yang sudah diketahui akibat baiknya atau akibat buruknya, maka tidak disyari’atkan untuk solat Istikhoroh, lantaran maksud dari istikhoroh adalah mencari yang lebih baik dari suatu perkara. (Lihat Syarh Riyadhus Sholihin oleh Ibnu Utsaimin 2/511-512)

As-Sayyid Sabiq berkata: “Istikhoroh hanya disyariatkan pada masalah yang pada asal hukumnya mubah (harus), adapun perkara yang wajib atau sunnah, maka sudah diketahui bahawa perkara itu berakibat baik, diperintahkan untuk dilaksanakan dan berpahala. Demikian juga perkara yang haram dan makruh, maka perkara tersebut sudah diketahui bahawa akibatnya buruk dan diperintahkan untuk meninggalkannya, serta diancam dengan azab Allah. Dari sini kita mengetahui bahawa tidak disyari’atkan solat Istikhoroh dalam perkara wajib, sunnah, haram dan makruh, kerana semua itu telah jelas akibat baik dan buruknya”. (Dinukil secara bebas dari Fiqh as-Sunnah 1/199, demikian juga dikatakan oleh Salim bin ‘Ied al-Hilali dalam Bahjah an-Nadhirin Syarh Riyadh as-Sholihin, 2/43)

Solat Istikhoroh boleh dilakukan untuk perkara wajib atau sunnah, tetapi bukan dilakukan untuk mencari akibat baik atau buruk dan perkara yang wajib atau sunnah tersebut (lantaran akibat dan perbuatan wajib dan sunnah sudah jelas baik, dan berpahala), tetapi ia dilakukan seperti untuk menentukan waktu terbaik pelaksanaan perkara wajib tersebut, atau ingin mendahulukan yang terbaik dari beberapa perkara sunnah yang hendak ia lakukan, atau mungkin juga hendak memilih di antara dua perkara yang baik yang lebih sesuai dan tepat untuknya.

p/s: Selamat Mencuba :)




Thursday, October 13, 2011

ini dugaan!

assalamualaikum kpd readers sume yg meng'view' my blog!~owh today sgt ler ase kesedehan yg melampau2!!!penah x anda rasa yg confident nk jawab exam..tapi bila da masuk kat dewan exam, bukak ketas soalan..tapi ape yg korang tgk tu absolutely laen gile2 ah ape yg korang blaja!!!!!!!!!!!

okey...smgu yg lepas, lectrer kate mgu depan ade test!okey test ini 35% okey!..neh bukan maen2..bile 35% kite cuak la kan..msti la nk prepare gile2..ingat ape??sng2 ke nk score kalo test pon xdpt jawab~.huuhuhu~

okey, to be honest! i start my study on last saturday~..i done those exercises inside d modul, n try to understand bout d topic that need to b covered in our test!so far so good! i managed to score 2 a point of 3 chapter!oh yeah !!! sound good kan??bajet bagus??..okey..wat i mean is, i understand d topic, so far boley la~

n a day before our test, kami berkhemah di library wif our group yg amek subject neh! so far wat balik latihan, discussing, ask if xphm...then maalam balik still bukak buku ag~oowh..act im really worried about d test!!!sbb die 35% woo~if x score...cmne final naty???huhuhu~.. i really hope i can pas at least 60 n above...

so pagi tadi.. bermula la test~bile buka soalan..Ya Allah~apekah soalan ini?apa ketahian ini??ape jenis soalan ini??bukan aku x bace, bukan aku xphm?aku k yg xphm?atau soalan ne terlampau ekstrem??i dun have any idea.....n im finish!SAYA XDAPAT BUAT TEST ITU!...apekah ini???ape perlu kua kat modul soalan laen, kua test soalan laen!!!!!Ok kalo nk mguji pon bg la time final..bagila time test neh kami score~..sgt sedeh~sgt2 sedey~sbb da stdy..da prepare~tapi mungkin Allah xnk tolong lagi~mungkin ade yg aku buat..mungkin ade silap mane2.~sedey sgt~..

i called my mum, act i was angry towards her~she didn''t reply my mesej..i text her..' mak , esok dib ade test..tolong doakan'...selalunya my mum will reply, : okey mak doakan..but tadi.she did'nt reply any of it!ade terpkir nk kol mak pagi tadi..but xde mase..xsmpat, mungkinka?mmg la mak ade mendoakan, bg ku, bile mak x reply msj tuh..rase xtenang jiwa ini~..anakmu neh menyakitimu ke mak??...abah d reply my msej~siap 2 mesej ag tuh~>but dib xdpt jawab abah~..

act i was so sad at the time ( when i called my mum ), but i dun wanna cry~mennagis hanya menunjukkan kelemahan kita, aku hanya akan menanges bile da xdpt nk thn sesuatu itu.. tapi tadi act terkeluar jugak sedikit~huhu~kenape!kenape!!!!!!!!!!biarla~bende da lepas~ anggap la ini ujian~stdy bagai nk rak cmne pon~.kalau Allah x izinkan kite mencapai ke arah itu, kite xkan dapat capai jugak~..

Ya Allah, aku tawu aku neh byk melakukan dosa, tolong bimbing ku ke arah kebenaran, permudahkanlah aku dalam menghadapi situasi pembelajaran disini, ampunkan segala dosa2 ibu dan bapaku, berikan kesihatan yg cukup kpd mereka..lindungilah mereka Ya Allah~Amin..





Sunday, October 2, 2011

~kesedihan di atas kehilangan insan yg tersayang~

assalam to oll readers! hepi sunday! hope today's better than yesterday!Amin...
rase hanti yg unhappy dri smlm, xtaw kenapa ini terjadi??...ilang mud nk wt esemen yg bertimbun2 yg sepatutnya di anta esok!ottoke!!!!!!!!!!! Ya Allah, kenapa la aku berperasaan begini...haa..mungkin mmg kerja aku asik wt keje last minits jek kot!yeah i admit it!itu adalah aku yg wt kerja last minit~...sighhhhhhhhh

hari jumaat, henpon sony ericson G705 yg aku beli hasil titik peluh mengajar aku kat SSB sbg GSTT rosak begitu saje..taw x betapa sedeh yer aku??.:(..itu adalah gajet kesygngku.kt mane2 die msti d bersama, even if im entered toilet okey!die peneman aku... dielah yg teman aku bile aku balik kg nek bus sowang2...kau sgt2 terasa kehilangan die...nape!time aku sgt2 memerlukan kamu!kamu kene pergi~~~~~~!!!!!!!!!!!!!!..rase lone ranggerssssss..:(

then nk g takwando konon2!tapi xjadi g..hah!sume neh myakitkan hati aku jek la!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!..mmbawa diri ke Tamn U, sbb kat situ ade mekdi..tapi xmkn ag pon kat mekdi..perbelanjaan pon ckup2 jek kat sini..jz mncuci mate..xkan nk balik uma trus.padahal dri uma bergebang sgt nk g latihan!!!!!!!!!!...

malam itu, aku msj Rea n bertanyakan die ade d umah k x?..aku d bc status die mgatakan ayah die sakit, die kate ade d umah tapi xreply langsung pasal ayah die..die kate dtg je uma.then aku pon mgahalakan streng moto k blok B..bile aku park n naek atas uma die, aku tgk Rea ngh on call smbil mennagis...yea Rea hanye mdgr tntang ayah die yg da dimasukkan hospital, dn xdpt mgawal perasaan die..aku pon terkejot..lucky.. jz die mmg berperasaan begitu..mudah mennagis bile sesuatu sperti ini terjadi..aku ckp InsyaAllah xde pape berlaku..Rea kmbali tenang..kaknurul kua mkn, sbb rase sedeh mdgr berita ayah mereka yg sakit, tapi kite kene makan jugak kan..

kaknurul g makan ngn kawan die, aku duk bersembang ngn Rea, mud die kembali oke..siap kiteorg gelak2 gile2...Rea bcerita tntg family die..like usual kami brsmbang..10.30pm lebih kurang, Rea dpt kol dri mak die, Rea start meraung, menangis...aku terkaku..aku xtaw ape yg aku perlu wat tyme tuh..aku ase sedey ..ayah die da koma, n dokter ckp xde harapan, suara mak die yg menangis myampaikan berita itu buat Rea tidak kuat...mereka nk pulang mlm tuh jugak...dgn tiket xbeli lagi.dgn mgemas ala kadr2 brg2 keperluan, Rea n kaknurul g k eport senai dihantar oleh budak uma dorang jugak..

flight ke sabah yg xtaw kol bape, aku rase sedey sgt2!kalau la aku yg berada di tmpat dorang..family jauh..aku xdpt bantu ape2...aku hanye mampu mmberi nasihat..aku xberada di tmpat mereka, tapi aku ttp merasa kesedihan itu..

syuko Rea msj aku mgatakan die slmat smpai kt hospital sbtu ptg...dan pagi tadi 5.03 am, kaknurul msj aku, diikuti 10 saat lepas tuh, Rea msj aku mgatakan ayah dorang dah xde...aku terkaku melihat msj tuh..aku dpt rasakan bagaimana kesedihan dorang..ak hrp ape yg kaknurul ckp be4 balik sabah x terjadi!kaknurul n Rea!tabah la mghadapi ujian ini...Allah lebih myayangi ayahanda kamu, kite doakan moga arwah berada di kalangan mereka yg beriman n beramal soleh..akak n Rea kene truskan hidup!!..

aku xpenah rase kehilangan insan tersyg, tapi aku taw rase itu sukar tuk digambarkan..Ya Allah, lindungilah keluarga aku, ibu bapa, adik beradik aku..dan juga sahabat2 ku, semoga mereka berada didalam lindunganMu Ya Allah..

Kepada Rea n Kaknurul, takziah dri kite, tabahlah mghadapi dugaan ini.. kami kt sini sntiasa ade tuk akak n Rea..

Al-Fatihah

Friday, September 30, 2011

inseparable..separable..separate

hye olllsss!!! hope u guys are having a great time during these few days!..new semester oleady come, many things need to b arrange, d messy timetable, assignment need to submit, koko need to attend, insert delete subject, section changes !owh i really hate this okey!!!!..

if im d top management in my faculty, i will design a system that can arrange all this stupid things n make it easy to everyone .......doing their task!n ofkossssss!!!, not burden my students!!!!yess i will do it as if im d TOP MANAGEMENT! emmmmmmmmmmm

i dunno y i felt so sad tonite...till this entry i wrote on, i felt like there's no tommorrowww, is still have a tommorrowwww?, did i still get d chance? to know u??. to do what i wanna do?.. i felt like im doing a big sin to someone that i guess that they really need me..im sorry..im sorry..i dunno y im acting like this...

i can't look back..i must forward to archive what i want..is not dat u r not my priority, but u always in my heart..ur guys are d greatest gift that i 've got since im entered UTHM.. im really appreciate u guys..im trying to b d besh..but i know, i fail....guide me,, im not perfect..

im broke d promise that i've made wif u!..thats d big mistake dat i've done..!i really sorry...now im realize..i always taking care for u guys..from far..ur guys always in my heart..i awaz pray d besh 4 u guys..

Ya Allah, kuatkan la hati kami ,, berikanlah jalan yg benar untuk kami tempuhi di alam pengajian ini, sekiranya ini ujian yg akan kami tempuhi..bimbing lah kami Ya ALLAH, terangkan lah hati kami, lindungi kami daripada terpengaruh dgn anasir2 luar..berikanlah kesihatan yg baek kpd kedua ibu bapa kami....Amin

Wednesday, August 17, 2011

~Puasa~Raya~Kembali ke Sekolah~


Assalamualaikum kepada semua....wahh terasa semakin hari semakin cepat masa berlalu....bermula dari cuti sem yg start bulan pertengahan bulan 5 smpai la skang..ku menapak di kg terchenta gitu....n now dah masuk bulan puasa..dah separuh Ramadhan...bahkan radio2 tempatan pon da perdengarkan lagu raya...

aku??xde feel pon mud raye..mean mud balik raye...haha..kalo kat u time neh...facebook ye update mesti pasal tension, nk balik raye..nk buka ngn family!..so far puasa kali ini di uma, buka puasa pon di uma..Alhamdulillah!sgt heppy!sgt heaven!n yg penting makannan sedap plus jimat2!!!:)

semakin hari bile dihitung2, x smpai sebulan kot akan kembali ke sekolah terchenta di Batu Pahat.. apekah perasaan itu? ade hepi, ade kosong..bercampur gaul!hepi sbb xlah otak xberkembang n berkarat..masuk kuliah.wat esemen,wat kuiz.ujian!..kosong sbb kene jauh ngn family again! 4bulan bersama family rase satu jangka masa yg amat panjang!rase cm da abes stdy n duk uma jek~..tapi apekan daye..kalo dikire2 ag masih ade ag 4 sem yg perlu aku abeskan untuk mgejar cita2 ku itu!!!! Ya Allah, permudahkanlah urusan ku! Amin..

bile dikire2 balik, adelah dalam 13 hari lagi nk masuk HARi Raya!betulkah?.terlebih terkurang minx halal!heheh! ape tema raya kali ini?..da wt preparation ke????..aku so so je!dgr lagu raye pon cm bese2 jek!hihi~cepat2 masuk Mood raye!pastikan gempak raye gitu..( terlebey sudah!)..

masa terlalu cepat berlalu!harap2 masih pjg ag cuti ini!sbb aku x bersedia langsung nk balik u!i hope for d next sem!

- hepi jek memanjang!Mls pk hal orang laen..pk diri sendiri jek!
- aku mau naikkan ag pointer okey! ini janji aku k!!:)
- mau kuwus okey!!semoga kawad sispa2 wat aku jadik lebey kuat!
- mau jogging tiap2 ptg..InsyaAllah!uma sewa da dekat ngn track padang U..
- aku mawu jadi chantek?..chantek luar chantek dalam..( gedik2 )..
- i hope people will look at me.. ( eh sape neh??...ajjaja ape aku melalut )..
- n aku mawu enjoy ngn kawan2 tersayang!!No more sadness! :)

itu jela..ape ntah aku bebel!:)
selamat berpuasa kawan2..
peace yoo!
:)